Tuesday, 11 December 2012


Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.


 ukhwah.............

Ukhwah itu indah jika penyatuan itu disandarkan kepada Allah SWT semata. Tiada seorang pun manusia dapat hidup bersendirian walaupun dunia itu dia yang punya. Walau segalanya cukup sempurna, manusia inginkan sebuah ukhwah. Kerana di situlah fitrahnya manusia dijadikan. Bukan berseorangan tetapi berdua. Bukan bersendirian tetapi berpasangan. Asas inilah yang harus kita percaya bahawa manusia tidak akan sempurna tanpa sebuah ukhwah, kerana tanpa ukhwah  iman itu tidak akan sempurna.

Islam menggalakkan umatnya menghubungkan silaturrahim kerana dengan hubungan itu manusia akan dapat saling mengenali dan seterusnya dapat meraih kasih sayang sesama mereka. Ini terbukti sepertimana yang telah dijelaskan di dalam Al-quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."(Surah Al-Hujrat, ayat 13)