ukhwah.............
Ukhwah itu indah jika penyatuan itu disandarkan kepada Allah SWT
semata. Tiada seorang pun manusia dapat hidup bersendirian walaupun
dunia itu dia yang punya. Walau segalanya cukup sempurna, manusia
inginkan sebuah ukhwah. Kerana di situlah fitrahnya manusia dijadikan.
Bukan berseorangan tetapi berdua. Bukan bersendirian tetapi
berpasangan. Asas inilah yang harus kita percaya bahawa manusia tidak
akan sempurna tanpa sebuah ukhwah, kerana tanpa ukhwah iman itu tidak
akan sempurna.
Islam menggalakkan umatnya menghubungkan silaturrahim kerana
dengan hubungan itu manusia akan dapat saling mengenali dan seterusnya
dapat meraih kasih sayang sesama mereka. Ini terbukti sepertimana yang
telah dijelaskan di dalam Al-quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
No comments:
Post a Comment